Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Wednesday, April 21, 2010

Resepi KeK Lapis Kukus Asam Flakes

0 comments
Tetiba rasa mengidam nak mkn kek lapis asam flakes..nak beli tak tahu nak cari kat mana. so mengidam punya pasal, sanggup cari resepi dan buat....dan inilah hasilnya.




Rasanya boleh tahan, tapi kurang asam flakes tu, so tak semanis kek yg pernah ku rasa sebelum ni. patutnya asam flakes tu disusun rapat2 dan tutup semua permukaan..sure sedap..

BAHAN2 nYA
1.250 grm butter 1 ½ cawan gula halus

2. 7 biji telur

3.1 sudu esen vanilla

4.1 paket biskut cream crakers Hup Seng

5.½ cawan susu cair

6. ½ cawan susu segar

7.4 bungkus kecil asam manis haw flakes (mcm mana dia boleh guna 4 je, aku guna 8 pun tak sesedap yg ku pernah mkn)

8. perwarna ikut suka – merah dan hijau


caranya:-
1. blender biskut sampai jadi serbuk tepung

2. pukul butter dan gula hingga kembang

3. masukan telur – sebiji demi sebiji sampai abis (masa ni mmg akan berketul2 sikit, tp akan ok bila sudah letak serbuk biskut nanti)

4. masukkan esen vanilla, susu cair, susu segar – pukul hingga sebati

5. masukkan tepung biskut sedikit demi sedikit – hingga sebati

6. panaskan kukus

7. bahagian kepada 3 bahagian –warnakan ikut suka (cdgn: merah, hijau dan warna asal)

8. ambil 4 sudu letak dlm loyang – kukus 10minit

9. lepas 10 minit keluarkan dari kukus letak asam haw flakes , letak 4 sudu perwarna lain dan kukus lagi 10minit.

10. ulang process , tepung dan asam sehingga abis adunan .

11. last lapis kukus 20 minit – sejukkan baru keluarkan dari loyang

Tuesday, March 30, 2010

LASAGNA

0 comments
sejak mengandung ni, kurg selera nak mkn nasi...rasa mcm berat sgt...suka mkn benda yg ringan2 je. so dok carilah resepi di internet..nak tgk mana yg menyelerakan tekak yg asyik rasa loya ni...then jumpa lak resepi lasagna ni...memang suka. tapi selalunya dpt mkn bila g pizza je. nak buat sendiri? entah bila plak, tp simpan je resepi ni dulu..kot2lah ada masa nanti. lgpun tgk resepi dia ni mudah je..

_____________________________________________________________
Lasagna sebenarnya mudah sahaja jika tahu caranya membuatnya. Terdapat tiga bahagian bahan yang perlu disediakan :
1) Chambarel Sos
2) sos Bolognese
3)lasagna sheet

1)Chambarel sos:
Bahan-bahan:-
1) Butter, jangan guna Majerin.
2) Tepung
3) Susu kotak

Cara-cara:-
-Panaskan butter di dalam periuk. Pastikan guna api kecil. Jangan sesekali butter tersebut cair sehingga mendidih. Hanya sekadar cair sahaja. Kemudian masukkan sedikit tepung. Jangan terlalu banyak.
-Kemudian gaul rata tepung dan butter di atas api yang kecil. Tapi pastikan bahan-bahan ini tidak sehingga berwarna kekuning-kuningan. Jika sudah mula menguning itu, tanda tidak baik.
-Angkat periuk dari dapur dan setelah itu, masukkan susu.
-kacau adunan dengan pemukul telur.
-Pukul adunan sehingga jadi pekat dan likat

Selesai sudah chambarel sos. Letak tepi dan masuk pula bahagian kedua, penyediaan sos Bolognese.

2)Bolognese sos :
-Prego
-Daging cincang
-Minyak masak
Cara-cara:
Pertamanya, panaskan minyak sedikit. Masukkan daging cincang. Biar daging masak sehingga ¾ masak.
-Kemudian, masukkan Pergo.. boleh guna yg Bassil sos.

Selesai masak itu, masuklah peringkat akhir.

3)penyediaan Lasagna.
-lasagna sheet
-keju mozarella
Lasagna ini saya rebus terlebih dahulu...takpun boleh bakar di oven je. Berapa lama kepingan lasagna perlu direbus bergantung kepada jenis-jenisnya. Seringnya di belakang kotak pembelian, ada dinyatakan tempoh masa masakannya.

Setelah itu, mulalah operasi menghias Lasagna. Letak kepingan-kepingan lasagna dalam satu bekas yang bersesuaian. Letak satu lapisan sahaja. Kemudian, masukkan Bolognese sos. Toppingkan dengan chambarel sos. Ada caranya hendak letakkan chambarel sos ini. Chambarel sos ini sangat pekat, jadi bukan diletakkan memenuhi satu lapisan, tapi hanya satu ‘strip’ dan satu ‘strip’. Satu ‘strip’ itu dalam anggaran satu sudu besar penuh saja amountnya. Kemudiaan ulang letak kepingan lasagna, diikuti Bolognese sos dan chambarel sos. Letak sepadat-padanya. Itu rahsia menjadikan lasagna kekal dalam bentuknya pabila dipotong kelak.

Akhir sekali, letak keju di lapisan teratas. Saya guna keju Mozarella. Bakar adunan di dalam oven pada suhu 180-120 oC , atau sehingga keju menjadi sedikit kekuningan. Jika kepingan lasagna sudah direbus, tidak perlu bimbang tentang sama ada adunan telah masak atau belum kerna pastinya sudah di masak. Namun, jika guna kepingan lasagna yang belum direbus, pastikan terlebih dahulu, adunan sudah masak yer sebelum dihidangkan! Selamat mencuba.

Thursday, September 3, 2009

Homemade sushi

0 comments
Pagi ni agak boring sikit, sbb xde kerja.so mencarilah resepi dr mr google. then terjumpa video buat sushi sendiri..best gak klu try. selalunye asyik beli kat jusco..senang je buat rupanye.

sushi korean style

bhn2
1. rice
2. 2 eggs
3. 1 carrot
4. 1 timun
5. beef
6. sesame oil
7. sesame salt
8. vinegar
9.seaweed
10. bamboo roller (xde pun x pe, taram je gulung guna ape pun)

cara2
1. masak nasi. ensure paras air setinggi bonjol jari hantu (letak tapak tgn atas
nasi). setelah masak, kacau. campurkan dgn vinegar+ sugar + salt + sesame oil +
sesame salt

2.dadarkan telur dan potong memanjang

3. potong carrot pjg2 and goreng sedikit dgn garam

4. potong timun (buang kulit) pjg2 and rendamkan dlm air garam.
5. goreng daging dgn pepper + garam hingga masak.potong kecil
6. atas seaweed tadi, ratakan nasi. kemudian aturkan bhn2 tadi selang seli.
gulungkan (buh garam utk lekatkan seaweed tadi) guna bamboo roller. Then potong
kecil (mcm kat kedai2 tu. tara....dah siap.

selamat mencuba
 

My 2 Little Princess Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal