Tuesday, December 29, 2009

Petua Tidur Rasulullah

0 comments
Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.
Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.
Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan :
-Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.
-Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.
-Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.

"Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk , hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk . Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”.
Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang .

Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adap2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk
Sebaik – baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam . Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara – perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar , berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah – surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat .Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al – Ikhlas , Al – Falaq danAl – Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua – dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai . Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut – turut .

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al – Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan” Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot – otot badan .

Petikan diambil dari http://halaqah.net/

Monday, December 21, 2009

alahai...

2 comments
2 anak dara tersipu malu di tepi tangga




ari tu g midvalley...tgk citer avatar...


spt biasa, sblm masuk panggung mesti g toilet kan..so inilah adegan diorg yg diambil..diorg tak yah g toilet sbb pakai pampers...best gak pakai pampers..


Wednesday, December 16, 2009

Cuti-cuti malaysia

0 comments
last Friday-Sunday, we had spend our holiday at A FAMOSA melaka. tapi sayang kenangan 2 di sana tidak dapat di potretkan sbb tak amik gambar mana sgt pun....adelah amik sikit2 kat cowboy town, dlm bilik sikit....pastu...ermm....tu je rupanya. kat cowboy town tu pun tak dpt nak tukat setting camera, sbb dok mendokong najwa yg tak reti2 nak turun..so gelap gelita lah gambar2 itu.

Harga masuk pun melabung naiknye dek kerana cuti sekolah...

harga tiket: cowboy town = 40, water park = 40. Dok kat condo D'savoy tower 2. tapi rupa dia ada ala-ala mcm tower 13....nampak mcm OK tapi sunyi.








P/S:Gambar2 di cowboy town tidak diletakkan kerana gelap gelita semua gambar2nye...

Wednesday, December 9, 2009

IRIDOLOGY

0 comments
What is iridology?


it is an alternative medicine system of diagnosis which suggests that the ‘health status‘ of all the body’s internal organs can be located on the iris. The iris reveals changing conditions of every part and organ of the body. Every organ and part of the body is represented in the iris in a well defined area. In addition, through various marks, signs, and discoloration in the iris, nature reveals inherited weaknesses and strengths.


Iridology cannot detect a specific disease, but, can tell an individual if they have over or under activity in specific areas of the body. For example, an under-active pancreas might indicate a diabetic condition.


History

Iridology dates back to a 19th century Hungarian physician called Ignatz von Peczely. He noticed when he was treating a man with a broken leg that the man had dark streaks in his iris. As the man’s leg healed the markings grew paler until the leg healed & the markings had disappeared.


That iridology was taken forward & developed dramatically by Dr. Bernard Jensen an American naturopath & writer. Dr Jensen divided the iris into six rings or zones, which he suggested, correspond to the body as follows:

1)The Innermost Ring -The stomach
2)The Second Ring – The small & large intestines
3)The Third Ring – Relates to the blood & its circulation; the lymph glands
4)The Fourth Ring – The body’s organs & hormone-producing endocrine system
5)The Fifth Ring – To the musculo-skeletal system•
6)The Outermost Ring The skin & organs responsible for elimination of toxins







Mark Sign (In Brief)
i. White Markings Can be in the form of lines or small dots, -severe inflammation, hyperactivity, irritation, over-reaction.. White means it's losing the battle


ii.Dark Markings ..- Grey or dirty, under activity, stagnation & wasting. Chronic inflammations. The area is deteriorating

iii. Black Markings, Most black signs refer to structural shock. Surgical signs are black (part of the body killed when tissue removed) loss of function and functional scarring . Indicates dying tissue.

iv. Coloured lesions and markings - Metabolism or body fluid disturbance in the circulation or lymphatic system. Discolorations can be yellow, reddish yellow, brown, red, etc. A whole section may be discoloured or there may be toxin flecks. in the stromal layer or deeper.

v.Rings and partial rings or arcsRings - can be found round the irid or parts of the irid or as an arc. These Rings are circles or arcs looking as though they were pressed into the fibers of the irid.

vi. Contraction Rings can be whole rings, or arcs, showing in a small part of the irid. They are likely to be indicative of spasms of the parts of the body they pass through. Example:A Contraction Ring or Arc In the gall bladder area = spasm in the gallbladder, suggestive of gall bladder disease.

vii. Sodium Ring found at the edge of the irid, just before the sclera., indicative that the whole of the individual's metabolism is sluggish. the whole system is clogging up.Too much salt will result in the blood vessels suffering. .They will become hardened from the evidence of calcium deposits and laying down of blood fat. Cholesterol level may raised and hypertension or high blood pressure could be a result. When this patient gets older they would be susceptible to cardiac and circulatory problems.

viii.The Archus is of importance. It is indicative of a tendency upon the part of the body to develop stagnation. The heart and circulatory system are at risk and other organs which are dependent upon a good blood supply .If someone is found to have a Sodium ring or Archus, they would be advised to have a serum cholesterol check, and should have their blood pressure recorded.Archus Senilus -sodium ring, edge of irid, appears as white/smoky/hazy circle.= sluggish metabolisim

ix. A partial Archus: Visible when elevating the upper eyelid.blood pressure, circulation to the brain, Mental functions would also be considered.

reference links
1)http://www.timboucher.com/journal/2009/01/15/our-eyes-are-mandalas-iridology-eye-retina-iris-scans/
2)http://altmed.creighton.edu/Iridology/principles_of_iridology.htm

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

0 comments
Selamat bercuti juga


Thursday, November 19, 2009

0 comments
i'm wondering....there are people who wearing short blouse and skirt (agak ketat juga) ...no one tegur. but when i'm wearing blouse labuh tapi dgn SELUAR (ala2 muslimah gitu) x boleh plak. ermmm, ....this is we should think about it.

Gaji? masih dlm tanda tanya. Sekarg dah boleh meyesuaikan diri dgn kerja, dah mula faham sikit2 scope tugas. Cuma masih tiada kwn untuk diajak bersembang dan mkn bersama2....huhu. Nasib baiklah ade tmpt exclusive sendiri, so mkn sendiri2 dpn PC pun best jugak, sambil baca berita online.

Tuesday, November 17, 2009

aku dan semalam

0 comments
smlm balik keje lewat. bukan x biasa balik lambat, tp hidup di KL nih, walaupun jarak cuma 20 min, lewat sedikit boleh jadi 2 jam. ditambah pula dgn hujan. cermin berkabus gila, rasa dah cuak sgt, dahlah mlm, hujan, pastu cermin lak kabus, x nampak langsung, hanya bergantung pd chaya lampu keta depan. aircond plak mcm ade xde je...huhu. jem gila nak mampus plak tu, akhirnya kluar office kul 7.15, sampai kul 8.45 mlm. naib baik jem, so follow keta dekat2 je lah...part yg tak jem tu, tawakkal bawak keta smlm dgn ingat jalan lalu je...serious x nampak ape2 pun.

bila gaji nak masuk nih, nak cepat2 beli keta or service keta and beli handpon baru.....arg...tensen lagi bila memikirkan gaji. awat tmpt lain ari ni masuk, esok lusa boleh dpt gaji...tp di sini.....di K . . . . . . . masih x tau boleh dpt ke tak walaupun dah masuk 2 bulan...coooobaaaannnn.

Thursday, November 12, 2009

Bengang Lagi

1 comments
Lagi satu kebengangan melanda....

surat berantai dari insan yg tidak mahu dikenali


Dah hantar surat revise sejak bulan 8, sampai ari ni masih tak tahu keputusannya? nak tunggu bape bulan baru boleh tahu keputusan? bukan nak duit tu skrg, cuma nak tahu keputusan je? itu pun susah nak pastikan...gaji pun tak pasti lagi masuk ke dak bulan ni? arg....lembabye proses. bekerja ke tak bekerja ni??? ni mesti sbb pakai baju kurung je, so nak control ayu selalu, tu sbb kerja pun lambat..

sedih rasa.....apakan daya...bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian.

daripada,
aku yg bingung

Wednesday, November 11, 2009

Bengang

0 comments
Hait bengang betullah, awatlah xde sesape bgtau yg keje k . . . . . .. ni xleh pakai seluar. apelah..mcmlah pakai seluar xleh buat keje....kononya nak nampak profesional...tp mcmlah keje diorg tu profesional sgt...hal2 lain yg tak patut dibuat, yg mmg beri impact besar pd keje, yg tu tak ape plak, boleh slumber je buat, sampai jadi one of their culture plak...hish...bengang giler ni, x abis2 lagi..

ni lah yg dikatakn benda2 remeh diberi tumpuan, yg penting x buat, di lewakan...patutlah hire 4 juta org staff pun blum tentu tahap quality tip top.. erm.. benci plak rasa...klu tahu awal, erm......(kunci di sini, klu tak kang kena block plak blog ni)

erm..rindu dgn keje dulu. pakai baju lusuh, comot , selekeh pun xde sape nak tegur....huhu. yg penting keje bagus. tulah namanye bekerja..

Monday, November 9, 2009

1 comments

new flavour pizza. ade peraduan. objektif : TV LCD or iphone.

Thursday, October 29, 2009

ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL.

0 comments
Anjuran smileykidz. Click link ini untuk keterangan lanjut


Hadiah yang ditawarkan adalah: Pemenang Utama x 1 org: Outdoor fotografi selama 1 jam ~unlimited shots~ ~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~ ****************** Pemenang sampingan x 2 org: Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50

---------------------------------------------------------------------------------------------

Sebagai menyahut seruan pertandingan di atas, di bawah saya lampirkan gambar my 2 lovely daughter.
Peserta 1 : Nurin Faiha Hasnur Izwan ( 3 tahun)










peserta 2 : Nurin Najwa Hasnur Izwan (1 Thn)









Friday, October 23, 2009

DIY - aircond

0 comments
Penyaman udara jenama sendiri
SEPERTI dijanjikan minggu lepas, keluaran kali ini memaparkan inovasi yang tidak kurang hebatnya iaitu penyaman udara buatan sendiri.
Cuba jangan membayangkan jenama sedia ada di pasaran kerana harganya mahal, tetapi inovasi ini memberi satu pilihan terbaik untuk mereka yang suka melakukan sendiri.
Pada akhirnya, matlamat yang anda ingini ialah menyejukkan bilik atau ruang rehat tanpa memikirkan bil elektrik yang mungkin meningkat daripada biasa.
Kalau hendak berbangga juga dengan ciptaan anda, letakkan jenama kesukaan supaya anda berbangga kerananya.
Alatan yang digunakan:
*Kipas ( kipas meja )
*Papan tebal lima inci lebar x 1.5 kaki panjang x 10 milimeter (mm) tebal> dua keping
*Papan tebal 5 incilebar x dua kaki panjang x 10mm tebal > dua keping
*Jaring nyamuk ( 2 kaki x 1.5 kaki ) - sekeping
*Kain lampin
*Paku
*Bekas takung air
Langkah 1
Bina bingkai kayu dari papan lima inci hasil kotak berukuran 1.5 kaki x 2 kaki x 5 inci
Langkah 2
Tutupkan bahagian belakang kotak kayu dengan meletakkan jaring nyamuk menggunakan paku.
Pastikan jaring berada dalam keadaan tegang .
Langkah 3
Basahkan kain lampin kemudian tutup bahagian belakang jaring tadi dengan kemas.
Langkah 4
Gunakan bekas takungan air yang dapat memuatkan saiz kotak kayu, isi air sehingga separuh bahagian takungan.
Masukkan bingkai kayu yang telah siap dipasang dengan jaring dan lampin tersebut ke dalam bekas takungan air.
Pastikan bahagian bawah kain lampin sentiasa berada dalam air supaya ia sentiasa berada dalam keadaan basah.
Langkah 5
Letakkan kipas menghadap ke depan seperti gambar rajah.
Hidupkan suis kipas untuk melihat hasil yang di peroleh .
Setelah kipas dihidupkan, kita akan dapati udara panas akan di sedut melalui kain lampin tersebut .
Penyerapan haba akan berlaku apabila kain lampin menyerap air di dalam takungan dan mengeluarkan udara sejuk melalui kipas .

akhirnya

0 comments
akhirnya aku dpt gak mengaccess internet setelah 2 minggu x buat apa-apa. nasib menghadiri kursus. sangat perlahan processnya. 1hb ari tu dah start tmpt keje baru. byk benda nak ckp, tp x nak publish in this blog...takut ade yg sensitif...x psl2 kena saman plak nanti...huhu.

Tuesday, September 29, 2009

1 comments
rasa mcm nak kena detoksify diri nih....

Antara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah, ialah:

1. Penyakit Kulit

2. Demam

3. Penyakit Jantung dan Tekanan Darah Tinggi

4. lain2 : - Alergi, Asma, Pundi hempudu dan Karang , Pengerasan Saluran Darah, Sakit Sendi dan Sengal-Sengal Tulang, Sembelit, Perut Kembung, Barah Payudara, Kemerosotan Daya Seksual.


Oleh itu, langkah awalan untuk menyembuhkan penyakit ialah dengan menyingkirkan toksim dan tidak semata-semata mengawal sebarang penyakit dengan ubat sahaja.
0 comments
Lama ye x update blog nih...

Hari ni last day keje taylor. dpt present dr my colleaque. dahlah blanja mkn ari tu...sedih plak rasa. but still happy coz still in raya mood. tgk plak gambar2 diorg ni di hari raya...hehe

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya...Maaf Zahir Batin

0 comments


Selamat Hari Raya..today is last working day then cuti pjg utk sambut hari raya...yee...lambatnye kul 5 rasa. So, nanti lps raya baru update balik this blog. maybe leh upload gambar2 raya later...hihi
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, September 15, 2009

Salam kemaafan

0 comments

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, September 4, 2009

Puasa bagi ibu menyusu/mengandung?

0 comments
copy and paste from one website.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Ramai yang berkongsi dengan saya kebimbagan susu akan kering dan menjadi sedikit di bulan puasa ini. Ya, ini pun memang jadi kebimbangan saya juga.
Walau bagaimanapun, puasa sebenarnya tidak memberi kesan negatif pada penyusuan. Malah terdapat teori yang mengatakan dengan berpuasa, air susu akan menjadi lebih banyak/tidak berkurang kerana kurangnya kita kehilangan air badan melaui kencing, jadi air dalam badan akan dibekalkan kepada kilang susu.
Sebenarnya, seorang ibu menyusu tetap boleh menyusukan seperti biasa, selagi dia tidak mengalami dehidrasi. Kerana itu, amatlah disarankan ibu menyusu dan mengandung agar mengambil air yang cukup pada sebelah malam (dan waktu sahur) untuk memastikan keperluan cecair badan dipenuhi, dan menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.
Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku. Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk:-
Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
Terasa loya dan ingin muntah.
Rasa menggigil.
Berasa lemah dan sakit otot.
Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.
Bagi ibu mengandung pula, selain di atas:
Pergerakan bayi yang tidak normal.
Berlakunya kontraksi.
Untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, amatlah penting untuk kita mengambil makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak. Bagi ibu menyusu dan mengandung, sekurang-kurangnya 2liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.
Antara langkah untuk mengelakkan dehidrasi:-
Banyakkan pengambilan cecair.
Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan yang berkuah dan mengandungi air.
Kurangkan mengambil terlalu banyak gula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel.
Mengambil vitamin C.
Berehat secukupnya.
Mengambil minuman Isotonic seperti Performance Drink.
Kenapa saya mencadangkan Performance Drink selain minuman isotonik lain? Kerana ia mengandungi kuantiti gula yang rendah berbanding minuman isotonik di pasaran, dan tidak berkarbonat.
Walau bagaimanapun, seorang ibu yang menyusu atau mengandung mesti sedar akan keistimewaan yang diberikan oleh Yang Maha Esa dalam menjalani ibadah puasa, yakni rukhsah atau keringanan sekiranya menghadapi kesulitan. Bukanlah satu benda yang baik untuk meneruskan puasa hingga menjejaskan kesihatan terutama anak yang disusui dan dikandung, kerana ‘hadiah’ dari-Nya sudah disediakan, dan anak itu lebih diutamakan haknya.
Antara petua dan tips lain bagi ibu menyusu di bulan puasa:
Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, oat, dan sebagainya.
Jangan skip sahur (lagipun sahur tu sunat).
Banyakkan sesi penyusuan dan mengepam, terutama di waktu malam dan waktu sahur.
Banyakkan bertenang.
Mengambil supplement seperti vitamin B complex.
Cuba makan dan minum sedikit-sedikit dan kerap pada waktu malam (takut bloated pula bila sekaligus).
Bawa sebotol air semasa jemaah terawikh dan minum sedikit antara rakaat2.
Banyakkan berdoa dan berfikiran positif.
Jangan berasa gusar atau bersalah bila terpaksa berbuka (dengan sebab2 yang kukuh, bukan sengaja berbuka dengan menjadikan alasan mengandung/menyusu) kerana kemuliaan seorang ibu yang diberi oleh-Nya, hak anak lebih diutamakan. Tidak ada faedah kalau ibu tega untuk berpuasa, sedangkan anak kehausan dan kelaparan. Walau bagaimanapun, lakukan semuanya untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata, bukan untuk nampak mulia di mata manusia.
Selamat berpuasa dan berbahagia bersama anak tercinta!

Thursday, September 3, 2009

Homemade sushi

0 comments
Pagi ni agak boring sikit, sbb xde kerja.so mencarilah resepi dr mr google. then terjumpa video buat sushi sendiri..best gak klu try. selalunye asyik beli kat jusco..senang je buat rupanye.

sushi korean style

bhn2
1. rice
2. 2 eggs
3. 1 carrot
4. 1 timun
5. beef
6. sesame oil
7. sesame salt
8. vinegar
9.seaweed
10. bamboo roller (xde pun x pe, taram je gulung guna ape pun)

cara2
1. masak nasi. ensure paras air setinggi bonjol jari hantu (letak tapak tgn atas
nasi). setelah masak, kacau. campurkan dgn vinegar+ sugar + salt + sesame oil +
sesame salt

2.dadarkan telur dan potong memanjang

3. potong carrot pjg2 and goreng sedikit dgn garam

4. potong timun (buang kulit) pjg2 and rendamkan dlm air garam.
5. goreng daging dgn pepper + garam hingga masak.potong kecil
6. atas seaweed tadi, ratakan nasi. kemudian aturkan bhn2 tadi selang seli.
gulungkan (buh garam utk lekatkan seaweed tadi) guna bamboo roller. Then potong
kecil (mcm kat kedai2 tu. tara....dah siap.

selamat mencuba

Wednesday, September 2, 2009

0 comments
Last friday, I'm sending resignation letter....again? wat to do lor...hope this will be my last resignation submission. after this have to work until retired..
puasa bulan paling mulia, tp dlm masa yg sama, x sabar nak tunggu raya. x sabar nak tunggu najwa and faiha pakai baju raya, g jln2 and mkn kuih raya.....hehe.

Monday, August 17, 2009

shichida method

0 comments
Children as young as a few months old to four years old can absorb the most information from their surroundings. So through research done by the late professor Dr. Makoto Shichida, he believes learning starts from the moment the baby is born.
He has done a lot of research over 30 years with children in the pre school years in Japan. At the early age, children learn using their right brain. As they get older, their left brain will begin to develop. Hence to develop the child's creativity and intuition, we must train the child at a very young age.
Below are the methods used to train the child's right brain:
Flash cards: Flash cards can be used on a child at the age of a few months old. From one to six months old the child is able to see only white black and red objects, so flash cards of the mention colors are used to teach the child to recognize the objects. From six months old and above, color flash cards are used. the speed of flashing card increases as they get used to it. Topics used for the flash cards can be anything from daily objects, actions, people or even mathematics. As they get older they will able to recall what have been flashed to them.
Photographic Memory: fun puzzles, guessing game and memory games are part of the photographic memory enhancement which is related to the development of the right brain. The games get more advance as the child gets older. This is part of training the child's intuition and imagination.
Speed reading: This is part of the training of the right brain. As the child develops the right brain, they are able to see things as a whole. So, they to can develop the skills of speed reading. Just like looking at the flash cards at a fast speed.
Today there are many specialized preschools in Japan that are providing right brain education to young children.
Learning is meant to be fun, meaningful and long lasting.

Tuesday, August 11, 2009

rentetan hidupku sehari pada 100809

0 comments
rentetan hidup ku semalam hari pertama bekerja di tempat baru.

6.45 am - kluar dr rumah
7.15 am - dari bandartasik selatan KMT (interchange kat kl central) hingga ke subang
8.20 - naik teksi gerak ke tmpt keje baru.
8.30 - sudah sampai...
9.00- briefing by HR
10.00 - briefing by asst. mgr
12.00 - going for lunch
2.00 - project kick off meeting
3.30 - baru ade masa rilek sikit...baca2 email, docs related & so on.
6.00- bertolak balik. lamas amik teksi, mahal, so niat nak jln kaki. tp x sure jalan, so main redah je.
7.15- akhirnya kerana malu bertanya sesat jalan, sampai lah jugak ke KMT subang semula setelah sejam berjalan.....penat bagai nak gila....waaaa
8.10 -sampai di bndr tasik selatan.
akhirnya sampai kat umah jugak...mkn nasi hangat semalam je..huhu

Monday, August 10, 2009

My New office

0 comments
Hari ini is my 1st day report duty at new place. Nampaknye a lot of things need to grab...a lot of briefing and I already have 100 > emails to read...hehe. The pay is good, the environment also good, cuma transportation and food choices not really good...what to do lor, mau cari makan maa. I'm the only buss analyst in this college.( to cover the whole college)..waa mcm mana nak hantar letter ni.......another place is waiting for me also.....

Tuesday, August 4, 2009

sharlinie makin dilupakan

0 comments

Virus H1N1 makin menular. Rasa terancam bila dah 8 kematian di negara Malaysia. tapi dalam terancam pun ramai je masyarakat malaysia yg masih bershopping, terlibat dalam perhimpunan ramai dan lain2 yg semuanye melibatkan tmpt awam yg mana kita harus elakkan untuk mengurangkan risiko penularan H1N1 ni..isk...isk...but i'm not gonna story unsur2 berbaur politik and serious in my blog...let respective people think the best for us...1 Malaysia.


dalam mencari berita H1N1 di online news, terjumpa pula topik ni.....dimana sharlinie....huhu. sedih plak rasa, dah setahun lebih tp masih x jumpa. Faiha hampir hilang kat jusco pun dah rasa jatuh jantung....ni kan plak lebih setahun x tau khabar berita. Rakyat makin melupkan kisah ni bila byk kisah2 lain yg muncul...spt kes2 di atas. Ku doakan semoga sharlinie jidumpai sebelum raya ni. hidup atau mati it takdir, yg penting kita tau ape yg terjadi. kepada si culprit yg terlibat, biar Allah yg tentukan nasib dan hukuman nya menganiayai anak kecil dan meluluhkan jiwa ibu bapa.....huhu..tersentuh rasa.

Thursday, July 16, 2009

1 comments
Last Monday, saya hantar my tender letter to HR. Ye...akhirnya dpt keje lain jugak...bye bye F_ _ _ M. after working with high pressure, working with not good people and environment, this is my time to move out to other place. Is this new place is better than now? not sure yet, ape yg penting, kluar dulu dr sengsara ini...anyway hidup mesti diteruskan...hehe.

Tp HR x nak tolak cuti plak, so x dptlh start awal kat tmpt baru...ingat nak rilek 2-3 hari before start keje, x dpt lah gamaknye. site sblh sana pun x reply lagi bole ke tak strt lewat sikit ni since HR suruh abiskan gak 1 month notice period yg ade. huhu.

Tuesday, July 7, 2009

Vacation to Phuket 09

1 comments
alamak....keje punya pasal sampai lupa plak nak continue story psl melancong ke phuket ari tu. mula2 dah karang panjang2, pastu x sempat nak publish, terdelete plak...adeih, so ttu yg tertangguh sampai skrg.
disebabkan dah terperam lama, ingatan pun sudah semakin pudar, so cerita summary je la ek.
1st day (02 july 09)kitorg gerak dr rumah kul 9. tp flight kul 2, so tunggu je la. anyway, memang rasa tak sabar nak g pun sbb ni first time bawa anak2 g luar negara gitu...selalu nye g jln dlm malaysia je.Faiha takut naik flight, sbb x lepas tgn lagik. Najwa plak nasib baik tidur je, klu tidak abislah 1 kapal terbang dia nak jalan.Lepas sampai hotel..dlm kul 4 waktu tempatan, lepak jap, penat woo. lunch pun mkn bekal roti je. ptg tu sikit, ade lah kitorg g jalan sekitar patong beach, amik gambar sikit2 buat kenangan. malam nye kitorg mkn di Alibaba restoran. restoran2 di phuket ni walaupun halal tp tetap menyediakan arak..mungkin atas request penduduk tempatan, klu nak laku, kena jual air tu. anyway, klu ikut islam,walaupun jual je, tetap haram rezeki ye..
2nd day(03 july 09)pagi kul 10, kami sewa keta g round2 sekitar phuket. so 1st place we went is elephant trekking. satu kepala 80 ringgit tu...tapi nak naik gajah ye pasal, takpe. lagipun bukan senang nak dpt pengalaman ni kan.gayat jugak especially bila dia turun bukit. dahlah safety gate dia mcm x bape nak safety. anyway , berbaloi-baloi lah jugak. after this activity, faiha sudah mengenali gajah. asal jumpa gambar ke, ape2 ke (walhal tgk telinga je pun) dia dah boleh tau tu gajah...hehe
2nd place, we go to phuket zoo. mak oi, satu kepala 50 hinggit? mahalye binatang2 kat situ. sbb pandai ckp thai kot. so at the end, kitorg semua decide x nak g, amik gambo je ler, janji bila org tanya dah g phuket zoo? we have proof to say it...hihi, tp gambar je ler.
then kitorg g cashew nut factory, gem jewellery store shop, and last sekali TESCo..haha.walaupun KL dah byk tesco, bila g phuket, tesco jugak menjadi pujaan hati.
Disebabkan x byk souvenir dpt dibeli dr aktiviti di atas (sbb mahal2 belaka), so ptg tu kami jln2 di jungceylon. wah, rupanye sini lah byk tmpt menarik utk beli brg souvenir bagi para pelancong. byk benda2 menarik..sinilah kami beli baju and pearl. byk lagi benda yg best sebnarnye, tp x byk duit yg tinggal, masih ade 1 hari lagi, so kenalah berjimat2 sikit.
3rd day (4 july)No aktivit today. bangn pagi pun lambat sbb penat shopping sakan smlm. dlm kul 11 tu kitorg g mandi pantai kat patong beach (depan hotel je). mulanye faiha takut, adik je yg x takut langsung, siap nak terjun g diving plak. last2 baru faiha nak, tu pun duduk kaku je dlm air tu.pth kul 4, kami ke psr mlm di phuket town. katanye byk brg murah2. boleh tahan harga2 nye, mcm harga2 kat pasar mlm kita jugak. tp x byk brg souvenir utk pelancong. klu nak beli baju2, kasut2 murah bolehlah. kasut yg pelik2 pun ade.
mlm ye after balik, kami g mkn kat resotan dubai. pastu, still x puas hati lagi, sbb brg2 utk adik beradik x cukup lagi nih. kang sorg dpt, sorg lagi xde, kang kecik hati plak. so one more round to kedai2 sekitar hotel. akhirnya dpt lah kami g beli baju cop phuket. dah puas hati br balik and packing barang....nak balik dah.
4th day (5 july)Pagi2 lagi dah bangun, sbb dah sewa keta ke airport kul 5.30 pagi. so akhirnya syukur alhamdulillah sampai malaysia jugak dlm kul 10 waktu tempatan.pas dah naik kapal terbang 2 kali nih, pantang nampak kapal terbang, mesti faiha akan tegur punye. siap buat sign tgn lagi.
tu je ler...dah tau nak cite ape lagi. mungkin ayah boleh komen2 sikit.

Monday, June 22, 2009

OUR HOUSE:gambar rumah contoh

0 comments
haa..ni gambar rumah contoh yg kitorg beli kat setia alam. dijangka siap dalam May 2011.







klu ade sesape nak beli rumah kat setia alam gak, jgn lupa put my name as introducer ek...untung2 dpt air cond sebijik.










Sunday, June 14, 2009

Faiha dan Najwa

1 comments




hehehe... lama tak update blog nie... nie dia gambar anak2 kami..

cuba teka, mana faiha:mana najwa...

sama tak muka dia..?

Thursday, May 7, 2009

Demam Lagie.

0 comments
Harie nie demam lagie, badan rasa penat2... semalam pun balik, terus tido...
kesian ibu kena buat semua, kemas2 barang Faiha dgn Najwa. Selalu tolong jaga budak2 dua org tue..



harie nie nak datang opis jugak.... sbb surat dah keluar semalam....cuma bos balik cepat jek semalam...harap2.. dia bagi pagie...so ptg boleh la balik mc...

: psl nie ibu tak tahu.... sajek buat surprise.

Wednesday, May 6, 2009

Hi

0 comments
Hari ini (RABU), harie pertama keje lepas cuti panjang... malas sangat2...hehe
Hari ini pulak, demam...tue yang lagie malas...


Faiha = baru kena chicken POP, sekarang dah baik...dia suka kopek dia punya luka...
Najwa = Semalam Hari Jadie Najwa yang pertama.. ibu dia buatkan KEK...Hadiah untuk Najwa belum beli lagie...tak tahu nak kasi apa..

HEHE

Thursday, April 23, 2009

0 comments
Assalamualaikum...
good morning....
konichiwa...

lama dah tak update this blog.. about 1 month.

now, I'm passing over the critical stage, tapi still byk benda nak diarrangekan....lagi byk issues after go live ni, cuma tekanan tu xlah seteruk satu ketika dahulu...huhu..

mana my hubby nih, x update langsung blog nih.....

Wednesday, March 25, 2009

0 comments
waa...long time not update this blog. i'm now in the critical stage. my module going go live soon. Kerja bagai nak mati...ari2 balik lambat...sampai nak update blog pun x sempat.

anyway, ari ni kena update jugak..klu tidak byk benda mis nak citer/share here.

yesterday is my birthday. (selalu lewat sehari nak update on the said day). i thought my husband forgot my birthday..(anyhow he actually nearly to forget). i got watch as present. thanks to mu hubby and the 2 princess. they signed in my birthday card as well..hihi.

aiyoo...ebook that I promise to share pun x sempat upload lagik. tunggu..until i'm stable.

ok..now continue doing reports required for UAT tomorrow....see ya!

Thursday, March 12, 2009

0 comments
Yesterday is Nurin Faiha birthday. Sudah 3 tahun ma. We bought her bicycle. PINK bicycle. I'm gonna buy her safety helmet and knee cover...baru semangat sikit nak bawa jalan2 kat padang. She love that bicyle, sampaikan adik nak pegang pun x kasi..

Tapi lupa nak amik gambar dia. cake pun x beli...sebab ibu sibuk dgn keje. lagipun bukan ade org nak mkn sgt kek tu pun, alih-alih terbuang jugak akhirnya.

p/s: ayah ye x nak comment ape2 ke?

Monday, March 9, 2009

0 comments
Oh yea. Tajuk 2 puteri, but never mention what I mean for that. Actually I was married and have 2 daughters. They are my princess. No prince yet.. Hopefully for third one..hehe.

see da picture, they are lovely as I am. I have make some collections of kids information including, e book, teaching guide and etc. I'll share in this blog...just wait.
0 comments
Today I come to office to continue yesterday job. Really though working in this project. Dlm minggu ni je dah demam 3 kali.

Sunday, March 8, 2009

0 comments
today is Sunday. Everybody staying at home but me? still at office, working. Wow. so workaholic. bukan nak kerja pun tp terpaksa dtg sbb system configuration still x complete.

anyway, pagi tadi sempat gak pergi psr tani, round abis semua kedai kat situ. puas hati, walaupun penat.
Stil rasa nak jalan2 cari brg yg boleh dibeli utk rumah..maklumlah baru pindah. semua kosong lagik. tak senang hati selagi rumah x penuh dgn perabot. so that takdelah barang2 sekrg berterabur.

sesiapa yg ingin menjual brg2 utk rumah, especially perabot, silalah post your advertisement here ok ..

Thursday, March 5, 2009

starter day as blogger

0 comments
this is 1st blog created even dah berkecimpung dgn dunia IT 5 tahun lalu..huhu.
 

My 2 Little Princess Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal