Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Thursday, July 15, 2010

Set Cadar Baby

0 comments

Akhirnya setelah 2 minggu, siaplah jua set cadar baby ni yang ku jahit 100% jahit tangan...dgn 2meter kain yg beli kat jackel (RM30..mahal rasanya), dptlah 3 sarung bantal, 2 bantal peluk dan 1 cadar (siap fitted lagik)..tu pun ade lebih lagi. But kain tu walaupun br pre-washed sekali tp dah nampak mcm kain buruk..nampak sgt kain kat 'J" ni mahal tp kualiti rendah. nak compare dgn kedai lain mmg lah murah, tp klu br basuh sekali dah menipis kain nye...pegi pun sbb dia ada byk pilihan dan corak dia cantik2 je.


Friday, October 23, 2009

DIY - aircond

0 comments
Penyaman udara jenama sendiri
SEPERTI dijanjikan minggu lepas, keluaran kali ini memaparkan inovasi yang tidak kurang hebatnya iaitu penyaman udara buatan sendiri.
Cuba jangan membayangkan jenama sedia ada di pasaran kerana harganya mahal, tetapi inovasi ini memberi satu pilihan terbaik untuk mereka yang suka melakukan sendiri.
Pada akhirnya, matlamat yang anda ingini ialah menyejukkan bilik atau ruang rehat tanpa memikirkan bil elektrik yang mungkin meningkat daripada biasa.
Kalau hendak berbangga juga dengan ciptaan anda, letakkan jenama kesukaan supaya anda berbangga kerananya.
Alatan yang digunakan:
*Kipas ( kipas meja )
*Papan tebal lima inci lebar x 1.5 kaki panjang x 10 milimeter (mm) tebal> dua keping
*Papan tebal 5 incilebar x dua kaki panjang x 10mm tebal > dua keping
*Jaring nyamuk ( 2 kaki x 1.5 kaki ) - sekeping
*Kain lampin
*Paku
*Bekas takung air
Langkah 1
Bina bingkai kayu dari papan lima inci hasil kotak berukuran 1.5 kaki x 2 kaki x 5 inci
Langkah 2
Tutupkan bahagian belakang kotak kayu dengan meletakkan jaring nyamuk menggunakan paku.
Pastikan jaring berada dalam keadaan tegang .
Langkah 3
Basahkan kain lampin kemudian tutup bahagian belakang jaring tadi dengan kemas.
Langkah 4
Gunakan bekas takungan air yang dapat memuatkan saiz kotak kayu, isi air sehingga separuh bahagian takungan.
Masukkan bingkai kayu yang telah siap dipasang dengan jaring dan lampin tersebut ke dalam bekas takungan air.
Pastikan bahagian bawah kain lampin sentiasa berada dalam air supaya ia sentiasa berada dalam keadaan basah.
Langkah 5
Letakkan kipas menghadap ke depan seperti gambar rajah.
Hidupkan suis kipas untuk melihat hasil yang di peroleh .
Setelah kipas dihidupkan, kita akan dapati udara panas akan di sedut melalui kain lampin tersebut .
Penyerapan haba akan berlaku apabila kain lampin menyerap air di dalam takungan dan mengeluarkan udara sejuk melalui kipas .
 

My 2 Little Princess Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal